PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) 3.0
Pada 19 September 2017 SJKC Tsung Wah telah dipilih oleh KPM untuk melaksanakan Program Sekolah Transformasi (TS25) Kohort 3.0.
Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian PendidikanMalaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid
dan sekolah berkualiti.
Melalui
TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan
amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta
pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah
Mesyuarat
Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri
pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM.
Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;
- Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
- Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
- Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.
Berdasarkan kepada tiga
objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga
matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia
pada tahun 2025, iaitu
- Memantapkan kepimpinan sekolah
- Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
- Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
Matlamat Konsep Program
Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal
insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima
teras yang berikut;
- Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
- Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
- Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
- Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
- Komitmen komuniti yang padu.